Tiba-tiba aku teringat kenangan dulu masa belajar. Dah lama tinggal dah. Hampir 7 tahun dah zaman universiti. Tapi rasa macam baru saja graduate kan.
Tak sedar diri. Padahal dah beranak pinak dah. Haha.
Kenangan dulu-dulu dengan subjek kononnya killer sampai boleh kena repeat paper. Ada yang sampai kena repeat semester lagi. Alasannya subjek killer padahal tak study langsung kot. Mujur la aku tak tergolong. Graduate on time walaupun CGPA biasa-biasa saja, bukan anugerah dekan pun.
Masa belajar dulu memang aku tak ambil suplemen apa-apa pun. Kalau masa tue ambik Suplemen Untuk Otak, rasanya boleh dapat anugerah dekan kot kan. Haha.. Maklum la jadi lebih cerdas kan.
Dulu selalu terpengaruh dengan senior cakap ini subjek killer la, ini subjek susah la. Memang dah ketakutan dah bila masuk awal semester. Nak-nak kalau kena lecturer oversea. Alahai pening nak paham cakap dia. Rasa macam banyak juga subjek yang meniti di bibir macam Fluid Mechanic, Termodynamic, Heat Transfer dan yang lain sampai terlupa dah.
Antara subjek yang merumitkan tapi kurang killer adalah subjek Kalkulus (Calculus). Tapi aku tak benci pun macam tajuk di atas tue. Hehe.
Dulu kalau jurusan kejuruteraan memang kena ambil Kalkulus I dan Kalkulus II. Rasanya mcm ada Kalkulus III kalau yang ambik untuk jurusan Matematik kot. Tak berapa pasti aku.
Tapi dah sampai Kalkulus II pun dah pening tengok banyak cacing-cacing tue. Inikan pula Kalkulus III kan.
Sesiapa yang ambik kalkulus mesti akan ingat sub topik iaitu perbezaan (differentiation) dan pengamiran (integration). Proses pengamiran satu persamaan hingga dapat satu jawapan . Ataupun proses mencacing kan persamaan sampai cacing hilang dan dapat jawapan.
Haha.
Sebenarnya seronok belajar kalkulus nie sebab tak perlu menghafal sangat. Janji tahu nak kamir-kamir dengan beza-beza dah boleh lulus dah kan. Ini yang mana aku ingat la. Rasa ada lagi untuk sub topik kefungsian macam (f)= persamaan kan.
Aku memang dari dulu terfikir. Ada ke kerja yang memerlukan untuk buat pengiraan sampai beza dan kamir semua nie?
Dan sehingga sekarang aku kerja langsung takda pun. Yang ada cuma tambah, tolak, darab dan bahagi saja.
Penat-penat belajar walaupun tak score A+ kan tapi tak apply pun kan. Hehe.
Subjek Kalkulus nie sebenarnya susah nak ditiru jugak kan kalau dalam exam. Hahaha. Kamir salah terus dapat jawapan salah. Takkan tiba-tiba kamir salah tapi dapat jawapan betul pula. Memang confirm tiru orang sebelah tue.
Ouhh sungguh nostalgik betul la.
Kenangan zaman study di kampus dulu, memang boleh buat kita ketawa. Nak-nak kalau buat reunion kemudian cerita balik. Boleh buat malu je kalau anak-anak dengar kan. Hehehe.
Dalam kenangan…
KUiTTHO (2002-2005)
UTHM (2005-2008)
titan says
best apa belajar matematik nih.
haha..
azeni says
Hahaha.
Memang best sebab tak banyak hafal pun.
titan says
ni semua permainan otak aje.
biarkan otak bermain dengan lebih gembira.
azeni says
Kalau biar mereka bermain dengan gembira tanpa kita rela, semakin semak otak nanti.
Faarihin Talip says
Serius. Math ni kalau tak buat latihan or skip kelas memang susahlah nak skor. Melainkan, orang tu genius math, tak payah studi pun boleh skor. Kut. Ha Ha.
azeni says
Hehehe.
Buat latihan dan takyah nak hafal pun.
akubiomed says
Kurang minat terpaksa belajar sebab ambil aliran kejureteraan memang tidak boleh dielakkan.
azeni says
Terpaksa la belajar eh.
Janji boleh graduate.
Hihi
Jia Rizaira says
Yups, saya pelajar matematik mmg smpai kalkulus 3. Kalkulus 1 dgn 3 tak bape nak syok. Kalkulus 2 baru syok…
azeni says
Wah yeke Jia Rizaira?
Tua la rasa calculus 2 mmg syok pun.
calculus 3 ajar kamir beza juga ke?
Kyrul Nizam says
Aku mmg lemah bab Math ni. Tapi terpaksa belajar. 🙂
azeni says
Hahaha.
Semua nya terpaksa kan.
Sylarius Yusof says
Pengamiran ni saya faham kegunaan dia untuk calculation electricity je. Lain-lain, saya ingat tak ingat je. Yer la, kalau ada yang kita boleh gunakan hari-hari, sure mudah ingat. Kalau study time dekat-dekat nak exam, alamatnya burn gitu aje la. Dah lupa bila dah lama sangat tinggalkan student life. Hehe
azeni says
Ada juga guna untuk mekanikal sylarius.
selalu guna dalam fluid mechanic.
Hehehe.
Memang la pun kalau last minute study tak ingat selepas tue.
suri says
kurang minat ini salah satu subjek tambahan masa lajar kat kolej dulu..masa sekolah menengah mana ada amik matematik tambahan..
azeni says
kira lanjuta daripada add math la suri.
Tapi lanjutan yang sangat detail.
blogger lelaki says
hu3…aku rasa macma tu..banyak2 yang kita belajar dulu berapa peratus je digunakan dialam pekerjaan…kita bekerja banyak guna jalan pintas..tapi kita belajar dulu untuk menimba ilmu
azeni says
kita belajar sekadar untuk tahu sahaja.
Bukan untuk apply pun.
tak smpai 5% pun apply apa yang kita beljar teori dulu.
Dr Fattah says
benci tapi rindu balik nak belajar kalkulus.
azeni says
Ehh betul la.
Rindu kan.
Hihihi
Hero Borneo says
matematik tak pernah tipu..itu yang bestnya
azeni says
Tue yang susah nak tiru tue HB.
Hahaha
zik says
tak pasti apa function kalkulus nih dalam kehidupan.. keh2..
azeni says
Sebenarnya ada je dalam life kerja.
Tapi disebabkan orang-orang terahulu dah mudahkan, so kita ambik shorcut la.
selalu ambik rules of thumbs la kan.
emalinmohd says
Sampai matriks je belajar subject ni. Dah degree amik course yang xda math..hihi…
azeni says
Langsung takda mah yea emalin?
Mesti banyak subjek menghafal kan.
Lin Chalo says
Salute sama orang yang terer kira-kira cacing-cacing semua ni. Sebab bukan semua orang boleh buat. Termasuk akak lettew. Haha
azeni says
Hehehe.
Terer tak terer pun sangat akak.
Tapi malas nak buat latihan kan.
Ummi Hanie says
heat transfer?
azeni amik chemical eng. ke?
dasat2,,,,
kamiran! sy lupa terusss dah….
azeni says
Takla Hanie.
Saya ambik bidang kejuruteraan.
Memang subjek wajib heat transfer tue.
Datin Tyka says
subjek kegemaran ni.. suka subjek mengira.. cuba kalau bab teori.. kelautttt
azeni says
Betul tue DT.
Bab hafal tue kalau tak paham memang cepat lupa pun.
multi blog says
wah lucu juga ya mba mantap
azeni says
Takla mantap.
Biasa aja.
SuperNifz says
Taim belajar memang kalu leh kita nak konsentrait kat subjek yang kita sukaa jerk.. tapi bila lamaa dah tinggalkan buku2 blaja nih… terasa rindduuu pulak nak blaja laiee…
http://supernifzvitamin.com/kenapa-saya-menghidapi-sembelit-selepas-melahirkan-bayi/
azeni says
Memang la.
Kalau tengah beljar memang menyampah pun.
Kalau dah habis belajar ridu pula kan.