Mencabar beno la entry kali nie. Walaupun tajuknya senang dan simple tapi berpeluh aii nak buat entry nie tau. Resipi yang dibuat sendiri kat rumah. Tapi jangan la korang pikir den tak masak kat rumah. Memang tak pernah cite pun tentang resipi dalam blog nie. Tue nervous tue. Hehehe..
Tapi takpa sebagai menyahut cabaran kan. Buat aje la. Saya nie nak cakap pandai masak, tak la pandai sangat pun. Tapi selalu masak la kat rumah. Pun jarang cuba resipi baru. Asal masak dan kenyang perut suami den sudah la. Hihihi.
Okay point utama adalah homemade resipi iaitu masak daging dendeng. Kebetulan hujung minggu kan so saya nak try resipi baru la nie (sekian lama baru cuba resipi baru). Memang tak pernah masak pun sepanjang kawin kan. Tertiba je rase nak masak. Pelik laki aku tau tengok. Huhuhu..
So bahan-bahan yang saya gunakan untuk daging dendeng adalah:
1. Daging mengikut banyak rasa nak makan
(permulaan saya buat untuk 2 orang je makan dulu)
2. Bawang merah (dalam 4-5 labu)
3. Halia seinci (ukur yea.. hihihi)
4. Bawang putih (dalam 6-7 ulas)
5. Kulit kayu manis sebatang
6. Bunga lawang (dalam 3-4 kuntum yea)
7. kicap manis (ada sesetangah cakap campur kicap lemak manis dan pekat)
8. Cili kering dikisar
9. Serai 3 batang dititik
10. Garam, gula, asam jawa secukup rasa
11. Daun limau purut
(yang nie saya tertinggal sebab takda stok kat rumah.. untuk bau-bauan)
Cara memasak:
~ Daging direbus sehingga lembut. Jangan terlalu empuk sangat.
Daging yang telah dimasak dihiris sebesar ibu jari tangan. Kemudian di tumbuk
dalam lesung batu. Air rebusan daging boleh disimpan untuk diletakkan sebagai
kuah jika inginkan dendeng jenis basah-basah giteww.
~ Bawang merah, bawang putih, halia dipotong mayang. Kemudian ditumis
bersama-sama dengan kulit kayu manis dan bunga lawang. Goreng hingga
kekuningan dan diangkat toskan. Ketepikan dahulu.
~ Goreng dengan menggunakan minyak yang ditoskan tadi untuk daging.
Goreng bagi garing tetapi jangan terlalu garing. Nanti keras dagingnya bila dah sejuk.
~ Cili kisar ditumiskan hingga betul-betul garing, masukkan kicap, garam, gula
dan asam jawa. Gaul hingga rata dan masukkan serai.
~ Masukkan daging dan gaulkan rata dan menyerap rencah dalam daging.
Kemudian masukkan bawang-bawang yang telah digorengkan tadi. Jika kering
kuahnya boleh diletakkan sedikit air rebusan daging tadi.
~ So kalau ada daun limau purut boleh ditaburkan sekali.
Taraaaaaa dah siap. Lagi meleleh air liur dihidangkan dengan air asam dan nasi panas. Konpem 3-4 kali bertambah. Yummy3x…. Hehehe
Nie la hasilnya daging dendeng saya.
Kalau rajin hias la dengan hirisan tomato ke cili besar ke. Hehehe.
Selamat mencuba..
Leave a Reply