Wanita selepas bersalin memang kena wajib menjaga dalaman. Kerana ia akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita.
Kalau tak, badan jadi mudah sakit seperti demam urat, sakit kepala, lenguh pinggang dan badan dan tiada tenaga.
Salah satu yang diamalkan adalah dengan bertangas.
Ramainya orang fikir bertangas nie hanya dalam pantang bersalin sahaja. Bila habis pantang, tak perlu lagi.
TIDAK.
Sebab bertangas ini memang bagus dilakukan kerap dalam sebulan untuk pastikan kesihatan faraj dan rahim kita.
Bertangas nie umpamanya macam bersauna ataupun mandi wap.
Apa kebaikan bertangas?
Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan lepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat.
Dalam jangka masa panjang bertangas, dapat menghidari daripada penyakit wanita seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse).
Dengan mengamalkan tangas, boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.
Wanita mengandung adalah dilarang untuk buat tangas.
Wanita sudah berkahwin dan anak dara:
Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Merawat keputihan dan bau.
Wanita berpantang bersalin:
Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang.
Kebaikan bertangas dalam pantang adalah untuk luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).
Wanita Berusia:
Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos.
Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.
Berapa lama sesuai untuk bertangas?
Tempoh maksimum rawatan bertangas ialah selama 30 minit dan tidak digalakkan melebihi untuk mengelakkan tubuh mengalami masalah kekeringan air (terhidrat).
Namun, sebelum mencubanya, faktor kesihatan perlu diambil kira terutama untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah jantung manakala yang baru mencubanya, masa selama 15 minit sudah mencukupi.
Selepas bertangas, sebaiknya minum segelas air masak untuk menggantikan air yang telah keluar dari badan melului peluh. Dan seeloknya hanya mandi selepas tempoh 15 minit selesai bertangas.
Jenis-Jenis Bertangas
Ada 2 jenis bertangas iaitu bertangas basah dan bertangas kering.
Cara Bertangas Basah
Bertangas basah menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Wap yang dihasilkan air rebusan inilah yang digunakan untuk bertangas.
Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.
Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.
Proses rawatan bertangas secara tradisional dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar.
Dan kemudian dicampurkan ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.
Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka.
Sekiranya ingin membuat sendiri di rumah…inilah bahan-bahannya..
Ramuan tangas basah:
- 10 keping asam gelugur
- 3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
- 3 helai daun sirih
- 2 sudu besar garam kasar
- Segenggam inai
- 2 cm halia
- Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
- Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba
Caranya :
Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15-30 minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.
Cara Bertangas Kering
Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ia menggunakan batu sungai yang dipanaskan. Ramuan tertentu ditumbuk halus dan kemudiannya diletakkan di atas batu sungai yang panas tadi.
Wap yang terhasil dari keduanya ini digunakan untuk bertangas. Kemudiannya duduk diatas kerusi tangas sehingga panas dan wapnya berkurangan.
Ramuan tangas kering:
Tumbuk halus bahan-bahan ini
- 1 sudu besar serbuk manjakani
- 1 sudu besar inai
- 1 sudu besar kunyit hidup
- 1 sudu besar jintan hitam
- 1 sudu besar halba
- 1 sudu besar garam kasar
- ½ cawan perahan limau nipis
- 9 keping asam gelugur
Caranya :
Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sireh dalam periuk/mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan.
Apa kelebihan bertangas?
- Menguatkan otot sendi
- Mencantikan dan mewangikan rahim
- Memudahkan rawatan pengecutan rahim dan tegangkan buah dada
- Merawat keseluruhan urat badan terutama pinggang dan kepala…
- Menghilangkan keputihan
- Menyempitkan faraj
Paling penting bertangas ini membaiki perbaiki saraf di sekitar vagina kita. Dan memang ada kajian dilakukan bila hubungan intim suami isteri lebih intim dan mesra akan mempengaruhi kecantikan kita sebagai wanita.
Disebabkan sistem vagina kita berdekatan dengan kalenjar endokrin yang bagi lebih awet muda dan lebih bersemangat.
Jangan sampai tahap terkena mati putik tau untuk kaum wanita.
Boleh baca detail disini tentang Apa Itu Mati Putik?
Dan perkongsian dalam video saya ini.
Selain secara tradisional, boleh amalkan vitamin untuk bantu secara dalaman kita dari segi tenaga dan kecantikan kulit.
Alfalfa
Ada kandungan daun alfalfa yang sangat bagus untuk kecutkan rahim, masalah keputihan wanita, anjalkan otot-otot faraj dan juga untuk bantu buang toksin dalam badan kita.
So badan rasa lebih ringan dan lebih sihat.
GLA
Ada asid linoleik yang bantu untuk keintiman wanita dan juga untuk sebagai pelincir wanita.
Gla juga bagus untuk lembapkan kulit keseluruhan badan kita.
Kolagen
Bagus untuk anjalkan aset wanita dan menegangkan. Selain itu, bagus untuk anjalkan otot-otot di sekitar faraj. So lebih umpphhm gitu.
Jika inginkan dapatkan vitamin ini, boleh terus hubungi saya untuk bantu ada samada untuk pesanan ataupun konsultasi.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Channel Youtube: Channel azeniahmad
Page: azeniahmad dot com
COD area: Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Leave a Reply