Bagi ibu-ibu yang menyusukan secara ekslusif, anda pernah menghadapi situasi ini tak?
1. Bila stress susu akan kurang?
2. Haid lambat datang selepas bersalin?
3. Mengapa payudara besar sebelah apabila menyusu?
Semua keadaan di atas adalah dipengaruhi oleh penyusuan.
Biasanya kita akan mendengar hormone yang berkait rapat dengan penyusuan adalah estrogen, proklatin dan oxytocin. Sebab kita boleh faham sebab munasabab jika susu badan kurang. So kita tak stress kan.
Proklatin dan oxytocin dihasilkan semasa proses penyusuan yang mana kedua-dua hormone bekerja untuk menghasilkan susu, menghasilkan letdown dan memastikan proses supply and demand terjadi.
Hormon Proklatin
Hormone ini terhasil apabila terdapat ransangan iaitu bayi menghisap putting bagi menghasilkan susu secara asasnya. Isyarat akan dihantar ke otak apabila terdapat ransangan untuk supply ataupun menghasilkan susu.
Hormone ini akan menghalang ataupun membantutkan proses ovulasi wanita. So keadaan menjadi normal jika hingga 6bulan selepas bersalin tidak datang bulan. Tetapi awas yea. Kadang-kadang boleh mengandung jugak kalau dalam masa 6 bulan selepas bersalin. Hehe..
Hormon oxytocin
Hormone ini akan menyebabkan pengecutan rahim. Iaitu mengembalikan rahim kepada size asal sebelum mengandung. Hormone ini adalah lebih kepada proses pengikatan (bonding process) antara ibu dan anak. Ia juga membantu untuk ibu berinteraksi dengan bayinya. Cetusan hormone ini akan menyebabkan ibu merasa tenang dan damai apabila menyusukan bayi.
Estrogen
Semasa kehamilan, plasenta menghasilkan estrogen. Yang mana ia berfungsi untuk memperbanyakan saluran-saluran dalam payudara. Saluran untuk penghasilan susu.
Feedback Inhibitor of Lactation
Akan bertindak balas bila mendapat isyarat yang payudara penuh. Susu yang penuh dalam payudara menyebabkan proses penghasilan menjadi perlahan. So untuk memastikan susu sentiasa dihasilkan kena kerap mengepam ataupun direct feeding untuk dikosongkan.
Secara ringkasnya proses penyusuan sebegini yea:
1. Perlu ada ransangan ataupun sedutan pada puting. Payudara perlu dikosongkan.
2. Proklatin dirembes oleh kalenjar pituitary dan meransang kalenjar mamarin
untuk menghasilkan susu.
3. Payudara diisi dengan susu
4. Kehadiran susu dalam payudara menyebabkan hormon prolaktin terencat iaitu
proses penghasilan susu menjadi perlahan.
5. Jika susu tidak dikeluarkan ataupun dikosongkan maka hormon proklatin akan
kekal rendah dan tiada susu baru dihasilkan
6. Jika susu dikeluarkan maka hormon proklatin akan kembali untuk meransang susu semula
Untuk mengetahui secara detail bagaimana susu terhasil, boleh lawat di entri Penghasilan Susu.
Shaklee Distributor : 890574 untuk kawasan Kota Damansara
Page: Azeni Vita-Shoppe
Sms/whatapps: 012-5771864 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Sungai Buloh dan di dalam radius Subang Airport.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
[…] juga bertindak sebagai milk booster iaitu meransangkan hormon penyusuan badan […]